TV show results for: "Nadia Brian"

Akulah Balqis (2015)

Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup. Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Year started: 2015
Stars: Puteri Balqis Azizi  Aeril Zafrel  Nabila Huda  Nazim Othman  Nadia Brian  Puteri Aishah  Nabilah Dally  Fazlina Ahmad Daud  Amai Kamarudin  Anne Abdullah  Mohd Benladin  Balkisyh Semundur Khan  Zulkifli Ismail  Aziza Kazan 
Creators: Pali Yahya  Erma Fatima